Model Bogel Chelsea Ferguson, Diboikot Snapchat Kerana Terlalu Seksi
Posted by: Unknown Posted date: 04:33 / comment : 0
LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman sosial Snapchat gara-gara sering memuat naik foto dirinya yang terlalu seksi, lapor media tempatan.
Wanita muda Britain ini dianggap sengaja mempamerkan kemontokan tubuhnya secara berlebihan dan di luar batas etika pihak pentadbir Snapchat sehingga memaksa akaun milik Chelsea dibekukan buat sementara waktu.
Beberapa muat turun kontroversi oleh penari tiang di kelab bogel Blue Velvet di Newcastle ini yang pernah disiarkan Snapchat seperti memasak sarapan, selfie di cermin dan katil, semuanya dilakukan tanpa pakaian.
Selain berkhidmat sebagai model, keayuan foto aksi berani Chelsea yang mungkin ‘mencairkan’ iman kebanyakan lelaki Inggeris turut dinobatkan oleh akhbar sensasi terkenal, Daily Star sebagai ‘Snapchatter paling seksi’.
Chelsea malah mendakwa dirinya memang layak namun, rayuan manjanya itu enggan dilayan pihak Snapchat sebaliknya pentadbir media sosial perkongsian video tersebut berkeras terus menyekat akaun milik model itu.
“Saya adalah ratu Snapchat. Saya rasa mereka (Snapchat) wajar mengizinkan saya untuk kembali ke Snapchat bagi saya dapat bergaul mesra semula dengan setiap peminat saya,” tegasnya yang dipetik oleh Daily Star.
Peliknya, selama ini, Snapchat memang dikenali di seluruh dunia sebagai laman sosial penyebaran kandungan berbaur separuh lucah, namun, CEO Snapchat, Evan Spiegel telah berkali-kali membantah persepsi tersebut.
Menurut beliau, Snapchat tidak pernah diwujudkan untuk menjadi platform media sosial yang berkait rapat dengan segala unsur pornografi, sekali gus menggalakkan aktiviti seks bebas dan jenayah serangan seksual.
“Jangan gunakan Snapchat untuk hal-hal melanggar peraturan. Jika anda di bawah umur 18 tahun, pastikan anda memuat turun gambar dengan baju masih lagi terpasang!” kata sinis jurucakap Snapchat yang enggan dikenali.
Berasa aspirasi dirinya tidak lagi didengar, Chelsea pun ‘beralih arah’ kepada laman Twitter dan sudah mula aktif memasukkan beberapa foto seksi yang asalnya daripada Snapchat dipindahkan ke akaun Twitter @chelsfergo.
Setakat ini, pentadbir Twitter belum mengambil apa-apa langkah progresif seperti Snapchat dan membiarkan pengguna lelaki bebas dulu menikmati ‘khazanah’ erotik Chelsea secara percuma. –
About Unknown
Myinfo4us tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Latest
Comments
Popular Posts
-
KEJI dan menjijikkan! Itu gambaran paling sesuai untuk perilaku seorang guru wanita di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Terengganu. ...
-
AKIBAT terpalit dengan kontroversi bergambar memakai bikini ketika bercuti di Boracay, Filipina beberapa bulan lalu, Ainul Aishah menga...
-
LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman sosial Snapchat gara-gara se...
-
‘DULU berhijab, kini seksi’… itu tajuk yang dipaparkan menerusi sebuah akhbar tempatan bulan lalu mengenai pelakon dan pengarah, Diana ...
-
KITA sering didedahkan mengenai keindahan serta misteri Sungai Amazon yang terletak di Brazil. Bagaimanapun, jarang sekali kita dengar ...
-
Rupanya perkara pelik dan mengelirukan bukan hanya berlaku di China, tapi juga di India. Beginilah jadinya bila rakyat ramai, perangai pun ...
-
Bukan tidak biasa kita mendengar aduan orang ramai mengenai makanan dan minuman yang dihidang oleh sesetengah restoran. Ada sahaja ce...
-
Ramai orang mengira usianya baru 25 tahun bahkan kerap disangka teman lelaki anaknya ketika berjalan bersama. Kenalkan Pamela Jacobs....
-
Ruang dan suasana di rumah anda terlalu membosankan kerana hiasan dan perabot di dalamnya biasa-biasa sahaja? Jika anda sedang mencari ide...
-
KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di hatinya. ...
No comments: