Awek Minta ‘Break’ Kerana Gilakan ‘Relationship Goals’
Posted by: Unknown Posted date: 04:50 / comment : 0
ENTAH sejak bila, fenomena ‘relationship goals’ tiba-tiba melanda para gadis seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kononnya, mengharapkan kisah cinta sempurna bak seindah kayangan dengan kehadiran ‘prince charming’ yang romantis.
Semuanya gara-gara tabiat anak muda yang suka menunjuk kehebatan dan kesenangan hidup di laman sosial sehingga menyebabkan ramai gadis terpengaruh lalu mengimpikan sesuatu yang tidak rasional.
Sebagai contoh, mengharapkan teman lelaki menghadiahkan itu ini, memberi layanan romantis dan bermacam-macam lagi.
Sedangkan realitinya, tidak semua lelaki berkemampuan untuk menunaikan impian kekasih hati yang gilakan ‘relationship goals’ ini. Lainlah kalau teman lelaki anda sememangnya kaya raya.
Senang cakap, golongan wanita yang gilakan ‘relationship goals’ ini sebenarnya materialistik dan penuh dengan angan-angan kosong seperti ‘Mat Jenin’.
Akibat sikap ‘hidup segan mati tidak mahu’ ini jugalah, menjadi punca ramai wanita menjadi andartu.
Barangkali, kisah lelaki yang telah putus bersama teman wanitanya ini boleh dijadikan pengajaran buat semua wanita di luar sana agar berpijak di bumi yang nyata.
Menerusi perbualan lelaki ini dan rakannya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap teman wanitanya yang berangan mahukan lelaki kaya dan boleh berikan segala-galanya.
Berikutan itu, lelaki ini berharap agar dipertemukan wanita bergelar isteri yang boleh mengharungi susah senang hidup bersamanya.
Semoga luahan pilu lelaki ini sedikit sebanyak dapat mengubah sikap wanita agar tidak terlalu mengejar ‘relationship goals’.
Ketahuilah, nenek moyang dan ibu bapa kita sampai kini masih bahagia bersama tanpa mengenal apa itu ‘relationship goals’. – MYNEWSHUB.CC
About Unknown
Myinfo4us tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Latest
Comments
Popular Posts
-
KEJI dan menjijikkan! Itu gambaran paling sesuai untuk perilaku seorang guru wanita di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Terengganu. ...
-
AKIBAT terpalit dengan kontroversi bergambar memakai bikini ketika bercuti di Boracay, Filipina beberapa bulan lalu, Ainul Aishah menga...
-
LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman sosial Snapchat gara-gara se...
-
‘DULU berhijab, kini seksi’… itu tajuk yang dipaparkan menerusi sebuah akhbar tempatan bulan lalu mengenai pelakon dan pengarah, Diana ...
-
KITA sering didedahkan mengenai keindahan serta misteri Sungai Amazon yang terletak di Brazil. Bagaimanapun, jarang sekali kita dengar ...
-
Rupanya perkara pelik dan mengelirukan bukan hanya berlaku di China, tapi juga di India. Beginilah jadinya bila rakyat ramai, perangai pun ...
-
Bukan tidak biasa kita mendengar aduan orang ramai mengenai makanan dan minuman yang dihidang oleh sesetengah restoran. Ada sahaja ce...
-
Ramai orang mengira usianya baru 25 tahun bahkan kerap disangka teman lelaki anaknya ketika berjalan bersama. Kenalkan Pamela Jacobs....
-
Ruang dan suasana di rumah anda terlalu membosankan kerana hiasan dan perabot di dalamnya biasa-biasa sahaja? Jika anda sedang mencari ide...
-
KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di hatinya. ...
No comments: