breaking

Informasi

Informasi

Theme images by mskowronek. Powered by Blogger.

My Tips

My Tips

My Resepi

My Resepi

Terpaksa Mencuci Tandas Selepas Berhenti Kerja Demi Mengembara Ke Seluruh Dunia

Share This


Tidak semua yang dimuatnaik di laman sosial adalah indah belaka.

Boleh dikatakan setiap hari pasti ada pasangan atau individu yang berhenti kerja  kerana rutin yang sama dan terlalu membosankan. Mereka ini pastinya ingin mencuba dan melakukan sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa.

Sebagai contoh pasangan Chanel Cartell dan Stevo Dirnberger dari Afrika Selatan. Pasangan ini mendapat perhatian orang ramai apabila mereka meninggalkan pekerjaan dalam bidang pengiklanan yang memberikan pendapatan lumayan semata-mata hanya kerana ingin mengembara ke seluruh dunia.

Pasangan ini mencatatkan pengalaman pengembaraan mereka dalam sebuah blog yang diberi nama ” How Far From Home”. Mereka juga turut memuatnaik gambar-gambar lokasi indah seluruh dunia yang memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya di laman Instagram mereka.

Pastinya pengalaman dan kisah mereka ini menjadi inspirasi buat mereka yang kerja makan gaji dan tertumpu di pejabat sahaja.

Namun realitinya, keadaan sebenar adalah lebih buruk daripada apa yang digambarkan dalam media sosial

Sehingga saat ini, pasangan ini telah mencuci 135 tandas dan membuang 250 kilogram najis lembu, mengemas 57 katil dan banyak kerja lain termasuk membersihkan gelas-gelas wain.


“Ia adalah pekerjaan yang memenatkan serta kotor,’’ demikian tulisan pasangan itu dalam blog mereka How Far From Home.
Mereka juga terpaksa makan biskut kering dan jem kerana itu sahaja makanan murah yang boleh mereka nikmati.
Kerana sumber wang yang amat terhad dan perbelanjaan yang semakin bertambah, pasangan ini terpaksa menggunakan kreativiti mereka untuk menyelesaikan banyak masalah. Mereka juga turut menasihatkan kepada pembaca blog mereka agar jangan tertipu dengan gambar yang mereka muatnaik.

Ketika pengembaraan, mereka hanya makan biskut kering sepanjang masa untuk berjimat dan hanya tidur lima jam sehari serta terpaksa mengheret beg kami setiap malam pada pukul 1 pagi untuk mencari tempat tinggal kerana tambang bas tidak termasuk dalam senarai perbelanjaan kami,’’ kata Chanel.






 adweek

About Unknown

Myinfo4us tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply