breaking

Informasi

Informasi

Theme images by mskowronek. Powered by Blogger.

My Tips

My Tips

My Resepi

My Resepi

Gambar Sakinah Comolot Dengan Suami Dikecam

Share This



KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di hatinya.
Sinonim dengan perangai selamba, Sharifah Sakinah sekali lagi mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar bercumbu bersama suami menerusi laman Instagramnya.
Seperti biasa, gambar tersebut mengundang kritikan dan kecaman sesetengah peminat yang berpendapat adegan bercium mulut agak keterlaluan dan menunjuk-menunjuk untuk dikongsikan dengan umum.
Namun, tidak kurang juga yang menyokong foto tersebut dan menyifatkan ianya tidak salah kerana Sharifah Sakinah dan Aliff mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.
Alahai, tak pasal-pasal peminat Sharifah Sakinah berbalah sesama sendiri menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu ini.
Kontroversi seperti ini juga pernah menimpa Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 dahulu.

Jika difikirkan, perbuatan cium mulut secara terbuka sememangnya bertentangan dengan budaya timur membuatkan ramai beranggapan ianya kurang manis untuk dikongsi buat tatapan umum. 

About Unknown

Myinfo4us tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply